Saat dipelawa menjadi tetamu Allah sudah pasti
merupakan saat yang paling bahagia buat kita. Ya, dan aku melihat kebahagiaan
itu jelas terpancar di wajah ibu. Pagi itu, abang posmen hantar 2 surat
daripada Tabung Haji. Alhamdulillah, rezeki mereka nampaknya.
Namun di sebalik kegembiraan itu, hati ibu
sedikit rawan. Kebiasaannya, jemaah yang terpilih dari kalangan mereka yang
telah pun cukup jumlah tabungannya. Namun tabungan ibu & ayah hanya suku
sahaja. Ayah & ibu merupakan sebahagian daripada mereka yang mendapat
bantuan daripada Tabung Haji untuk pergi ke sana. Setelah dicongak dan
ditambah, ibu dan ayah memerlukan lebih kurang sebelas ribu lagi untuk mencukupi
jumlah yang ditetapkan oleh Tabung Haji. Aku menjadi tukang kira tak bertauliah
membantu ibu mencongak jumlah yang perlu dimasukkan ke dalam akaun sebelum
mereka berangkat. Ibu kembali tersenyum kerana niat untuk ke sana
dipermudahkan.
Keesokan hari, ibu pergi ke Tabung Haji untuk
mendapatkan maklumat penting mengenai surat tawaran tersebut. Menurut encik
yang bertugas di Tabung Haji, “rugi kalau
tolak, bukan senang nak tunggu giliran” sambungnya lagi, “kalau tolak entah bila lagi akan dipanggil,
yang menunggu dekat luar tu pun dah ramai”. Perancangan awal ibu dan aku
sebagai tukang kira tak bertauliah tidak boleh dilaksanakan ekoran jumlah dalam
akaun perlu cukup pada bulan Januari 2013. L Sebagai
anak yang ada di depan ibu, aku cuba memulihkan perasaan ibu. Kira itu yang ku
mampu saat ini. “Allah dah panggil jadi tetamu. Maksudnya memang dah sampai
masa untuk ibu dengan ayah. Pergi je, nanti lain tahun kita kumpul duit
sama-sama dan bila memang kita ada rezeki lebih, kita pergi sama-sama”. Dan segaris
senyuman itu kembali terukir.
Alhamdulillah, dalam tempoh surat tawaran sampai
ke rumah juga, adik baru sahaja terima tawaran sebagai penolong pengurus di
sebuah cawangan. Dalam tempoh itu juga, akak yang masih lagi belum tamat
belajar di USM mendapat tawaran sebagai research officer terus daripada
pensyarahnya. Alhamdulillah, kami sekeluarga dapat duduk berbincang pada hujung
minggu itu. InsyaaAllah, ibu dan ayah akan pergi menunaikan haji hasil daripada
duit gaji ayah dan pengusahaan tadika ibu dan ditambah dengan gaji akak dan
adik. Semoga keberkatan itu akan dipermudahkan untuk mereka ke sana Amin Ya Rabb… Ku mohon Ya Allah, permudahkan kami untuk membantu mereka menjadi tetamuMu..
niat baik, ikhlas inshaAllah dipermudahkan..
ReplyDeleteInsha Allah moga dipermudahka segalanya buat cika sekeluarga :)
ReplyDelete