Followers

Pages

Tuesday 20 September 2011

dimana anda??!!



Kisah ini terjadi di Kampong Memerang di mana pernah terjadi suatu cerita yang menggemparkan penduduk setempat. Kisah ini menjadi bualan semua orang waima hingga saat ini. kisah ini bermula apabila Si A bertunang dengan Si B. Al-maklumlah, bila dua hati jadi satu memang semuanya indah belaka.

::::::::::::::::::::::::::
::::::::::::::
:::::::::


Namun begitu, pada suatu hari Si A mendapat berita bahawa neneknya yang sakit tua sedang nazak di kampung seberang. Untuk merentas ke kampung tersebut, Si A perlu menggunakan sampan. Nak dijadikan cerita, hanya ada seorang sahaja yang mempunyai sampan dan sanggup membantu Si A untuk menyeberangi sungai tersebut iaitu Si C.


:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
::::::::::::::::::::::::::::::::
:::::::::::::::


“kalau kau mahu aku bantu kau merentasi sungai ini untuk melawat nenek kau, kau perlu memenuhi permintaanku” kata Si C. Lantas tanpa berfikir panjang, Si A terus bertanyakan syarat apakah yang perlu dipenuhinya.

“kau perlu tidur denganku” jawab Si C.


**********************************************************************************
Pada pendapat pembaca, adakah si A memenuhi permintaan Si C, hanya untuk memenuhi permintaan neneknya yang sakit tua untuk bertemu dengannya????




Si A sanggup menerima tawaran yang diberikan oleh Si C asalkan dapat menunaikan hasrat neneknya yang sakit tua. Maka semalamanlah Si A bersama Si C dan mereka tidur bersama. Sejurus matahari menunjukkan wajahnya, bersiap-siaplah Si A untuk ke rumah neneknya. Selepas menziarahi neneknya, Si A pun pulang ke kampungnya. Beberapa hari selepas peristiwa itu, kecoh di kampung seberang bahawa Si A tidur bersama Si C. Akibat perkhabaran itu, neneknya meninggal dunia. Belum sempat Si A menceritakan hal tersebut kepada tunangnya, Si B terus memutuskan tali pertunangan mereka. Ibarat jatuh ditimpa tangga, Si A meratapi kesedihan yang datang bertimpa-timpa. selepas membaca kisah di atas, apa yang anda fikir, apa yang anda rasa, dan anda berada di pihak siapa untuk dipertahankan haknya??



adakah A bersalah kerana terpaksa tidur dengan C?

ataupun...

adakah B bersalah kerana memutuskan pertunangan setelah mendapati Si A tidur dengan C?

ataupun...

adakah C bersalah kerana mengenakan syarat sebegitu kepada A?

ataupun ...

adakah punca segalanya-galanya adalah nenek tua yang mengharapkan cuc tunggalnya datang malawat?


pssstt..!! simpan jawapan dan perasaan tu ketat-ketat dalam hati dan fikiran anda. 



::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
::::::::::::::::::::::::
:::::::::::::


hakikatnya adalah A meruapakan seorang gadis yang bertunang dengan B. Dan hakikatnya adalah C merupakan kawan sepermainan A sewaktu kecil dan dia adalah seorang gadis. 

maka di mana silapnya sekarang? yang silap itu adalah anda.!! Ye, anda yang selalu menjatuhkan hukuman. Yang salah itu anda kerana sentiasa mencari di mana silap dan kekurangan orang lain. yang salah itu anda kerana terlalu suka berkata-kata tanpa berfikir. itulah silap kita....









Saturday 17 September 2011

LanGkaH ini...



“khairunnas anfa’uhum linnas”
Mafhumnya: sebaik-baik di antara kamu adalah yang paling banyak manfaatnya kepada orang lain.

Alhamdulillhah, tahun ni merupakan tahun ketiga saya menuntut dalam bidang ISMP Bimbingan dan Kaunseling. Dalam tempoh ini, perasaan teruja untuk mendalami bidang kaunseling ini semakin membuak-buak. Kerana saya percaya bahawa Dia telah memilih saya untuk membantu orang lain.

Nak dijadikan cerita, saya terdengar perbualan sekumpulan pelajar yang saya kira mungkin sama semester dengan saya atau pun mungkin juga ada yang merupakan junior saya. Apa yang membuatkan hati saya tertarik-tarik untuk terus mendengar adalah apabila ada di antara mereka yang mengeluh kerana mereka tidak dapat mengikuti kursus yang dipohon. Dan apa yang menarik adalah kursus yang mereka pilih itu adalah kursus kaunseling. Saya mula terfikir, di antara yang ramai-ramai apply kursus ni, kenapa hanya segelintir sahaja yang terpilih? Saya percaya Allah tidak pernah tersilap dalam percaturannya. Dan saya percaya dalam tempoh tiga tahun ini, jika saya tersungkur adalah untuk mendidik diri saya sendiri.