Followers

Pages

Monday 18 March 2013

Purple Invitation Card



Hari ni dapat invitation card from my classmate. Alhamdulillah, sampai seru untuk dia dan pasangan berumah tangga. Invitation card tu dia bagi by hand untuk semua budak kelas kami. So perasaan teruja untuk datang walimah dia sangat membuak-buak. Tup-tup bukak invitation card tu, tarikhnya 13 hb April, bertindan dengan  tarikh my sis konvo. Melepas la nak merantau Terengganu.
menjemput faizal & pasangan sekeluarga



Kawan yang seorang ni ada tarikan dia tersendiri.  Seorang yang bersahaja tapi kalau tengok atau dia dengar dia bercakap rasa macam terpegun. Even pakai tidung kelepet huru-hara sesuai je dengan muka dia. Orang cantik, tudung herot-herot pun nampak style gitu. Apa pun selamat mendirikan rumah tannga, semoga diberi kekuatan untuk melayari alam yang baru. Cepat-cepat dapatkan anak buah untuk Catalyst oke.!

gambar telah dicuri dari laman sosial, ampun.!!

Friday 22 February 2013

EAGER



Assalammualaikum

Selamat pagi dunia.. Alhamdulillah, sem ni merupakan sem terakhir aku di UPSI insyaAllah. Kuliah pertama dah macam pasar borong dah bila masuk kelas je adegan salam – peluk – cium dengan suara riuh rendah. Teruja? Merstilah, 8 bulan kot tak jumpa. Banyak sangat perubahan yang jadi. Daripada yang berstatus anak dara dah jadi bini orang, yang dah beranak pinak dah mula merancang anak seterusnya. Tapi yang paling-paling nampak ketara kebanyak yang saiz M dah jadi XL – XXL dah. Dulu masa tahun 1 masing-masing macam lidi je sekarang makin “comel-comel”.

Ada satu subjek minor ni, cuma 8 orang je budak sem lapan jurusan aku yang add. Bila time sesi perkenalan ni, kitaorang pun tersipu-sipu la kononnye sebab paling senior gitu. So lect ni pun tanya, “ ha yang belakang tu, sem 8 kan?” dah mula la nak menggelabah takut kalau dia tanya pasal subjek tu ke apa. jap lagi boleh pula keluar soalan “dah kahwin belum”. Dia cakap biasanya yang sem-sem hujung ni masing-masing dah tamatkan zaman bujang. Wihaaa! Takpe, baru 23.

Sem ni juga aku ada ambil kaunseling keluarga. Lecturer tu takde la bagi talk yang wat kite rasa after kelas dia terus nak kahwin. Tapi ada satu ayat dia yang buat aku terfikir. “biasanya umur macam awak ni, akan ada rasa eager untuk kahwin.” So aku pun tengok diri aku,  tak payah tengok orang lain. Jauh sangat nanti.. niat untuk mendirikan masjid tu memang  dah ada cuma mungkin buat masa ni selesaikan dulu benda yang penting. Kalau dulu aku mungkin berangan untuk kahwin waktu belajar tapi sekarang aku lebih nampak apa yang boleh aku buat untuk keluarga aku. Kata ibu, masa umur dia 23 ibu dah sibuk buat persiapan kahwin. Tapi bila aku buka mulut bergurau kononya nak kahwin sekarang ibu macam kurang percaya. Sebabnya dulu masa ibu 23 dah matang, dah pandai atur hidup. Jauh beza dengan aku. Budak berhingus lagi.!~ simpan semula angan-angan masuk dalam kotak, biarkan berlayar mengikut arus air. Bila sampai waktunya, pasti dia akan berlabuh.

Friday 15 February 2013

Kurus tu Confident?


Assalammualaikum..
Selalu orang tanya, “ eee pelik betul dengan orang perempuan ni. Baru tegur sikit gemuk dah nak berdiet bagai”. Kalau yang tegur tu orang signifikan dalam hidup memang tersentap-sentap hati ni.
Bila selak-selak album lama time tahun kedua kat U, terdetik kat hati “comelnya badan.!”. sekarang tinggal tulang je sebab dah kurang sihat. Sob3

dulu aku gemok, dia kurus. sekarang aku kurus dia gemuk. KARMA sebab mengutuk..


dia cakap aku si kerempeng


Pernah sekali tu, my weight jejak 48. Okay terasa macam doraemon dah chubby-chubby. I lost my confident. Dulu bila orang bergurau cakap gemok, tak berapa terkesan lah hati kita ni ha. Sampai lah satu hari tu, kolej kediaman buat program. Ada lah buka banyak booth, one of booth tu orang dari produk kesihatan. Hati ni menggedik-gedik minta check kesihatan. Actually nak timbang berat je, konon je cakap nak check kesihatan. Puihhh!~

Kakak: Tekanan darah awk baik, tinggi dengan berat pun ok.
Aku: berapa kak berat saya?
Kakak: 48..
Aku: akak tengok saya ni gemuk ke tak?
Kakak: um, xde la gemuk tapi sesedap rasa je. Boleh la dek.
Aku: (oke fine aku gemuk).
Kakak: TAPI kalau awak tak jaga makan memang ada kebarangkalian nak gemuk.

Minggu paling teruk aku rasa sebab gurauan orang selama ni memang aku tak boleh anggap gurau, rasa tu fakta. Phew! Naik bilik, aku pandang cermin, jerit kuat-kuat sambil nangis “GEMUKNYEEEEE..!!!”.  Setiap kali pandang makanan even lapar memang tak termasuk makanan tu dalam perut. Seharian woo nangis semata-mata “AKU SI GEMUK”.
Pengalaman yang aku dapat daripada zaman kejatuhan era kegemukan aku tu ha, aku belajar yang pentingnya pandangan kita pada diri kita sendiri. Sebab apa? Yang penting hati kita gembira. Bila kita susah hati automatic kita hilang selera makan, rasa kurang untuk bersosial dengan orang luar, and the end kita yang jatuh sakit. See? Daripada sihat walafiat, jadi sakit.



Thursday 31 January 2013

Doktor


  
Assalammualaikum..

Alhamdulillah, hari ni rasa lebih sihat berbanding semalam. Itu pun lepas jumpa doktor handsome. Memang prefer untuk pergi klinik swasta berbanding kerajaan sebab kata orang kalau doktor swasta ni kerjanya teliti lebih. Tapi lain pula jadinya hari ni. Semangat nak jumpa doktor punya hal, jadi patient pertama gitu.

Doktor: Ye shafiqah, kenapa ye?

Syika: (terpegun jap) handsomenye doktor.!! Em saya nak check kesihatan je. Macam ni, dah sebulan saya rasa pening kepala, kerap rasa loya & nak muntah setiap kali bangun pagi. Umm lepas tu..

Doktor: Jap, awak cik ke Puan?

Syika: (Ee doktor ni, kalau aku dah kahwin ye aku pergi beli sendiri pregnancy test. Tu la, lain kali bina la rapo dengan aku dulu tanya background ke apa ke). Eh tak, saya belum kahwin, bujang lagi.

Doktor: oke, selain tu apa lgi yang awak rasa?

Syika: bila pening kepala tu, nampak macam berpusing-pusing bukan sakit kepala pening ke apa. Macam kalau saya terbangun tengah malam tu, terus rasa berpusing-pusing laju. Bila tengah duduk nak bangun pun sama macam tu. berat saya pun turun mendadak, dalam tempoh 6 bulan berat saya tinggal 42 dengan 43. Selera makan pun kurang. Tu yang nak check tengok apa masalahnya.

Doktor: Telinga awak ada masalah? Macam tak dengar ke  apa ke.

Syika: Um berdengung tu kerap la juga.

Doktor: Ada tak awak nampak satu objek jadi dua.

Syika: tak ada selain berpusing je.

Doktor: ada dengar apa-apa suara tak bisik dekat telinga awak?

Syika: (Gaya aku ada macam penghidap mental disorder ke? Nak cakap aku halusinasi gaknye). Tak..tak.. Tak ada la sampai tahap macam tu.


So doktor pun check la tekakan darah, denyutan nadi, gerakan anak mata macam tu la lebih kurang.

Doktor: oke, dah.

Syika? Emm? Itu je? Eh, jap. Apa masalah saya sebenarnye ek?
Doktor: Tekanan darah awak rendah. Um tak apa, nanti saya bagi awak ubat untuk tahan rasa loya dengan ubat untuk kawal tekakan pada otak. Tekanan pada otak tu yang buat awak rasa telinga berdengung.

###########################################################
Pernah je pergi klinik swasta, siap ambil darah, timbang berat bagai. Hum.! 

ubat G O Y A N G .. ??? 

Tahan muntah





[","]" said: "Awak jaga lah diri. Saya ni jauh nak tolong jaga awak. Takpe, setiap kali awak makan saya teman dalam mesej, pastikan awak makan ubat on time oke. cepat sembuh.!!"


Saturday 26 January 2013

Januari


Assalammualaikum

Alhamdulillah, 24 Januari 2013 genaplah umur 23 tahun. Dah besar memanjang dah anak Pak Cik Rahim ni. Teringat masa zaman kecik-kecik dulu…
“waktu itu, aku berumur 12 tahun. Ibu sarat mengandung anak yang keempat. Dalam tempoh nak sampai hari lahir aku tu, aku selalu doa “Ya allah, bagi la aku hadiah besar yang aku boleh ingat sampai bila-bila”. Setiap kali lepas solat, aku mesti doa macam tu sampai la 24 Januari tu, ibu selamat melahirkan adik lelaki aku, Zahin Azri. Rupa-rupanya tu hadiah besar yang aku dapat.”

Alhamdulillah, di usia 23 ni juga aku masih diberi kesempatan untuk dipeluk dan dicium oleh ibu dan ayah. Sama seperti ketika aku menyambut ulang tahun kelahiran ku sewaktu aku kecil. Terima kasih ibu, terima kasih ayah.
Sebelum tamatnya 24 Januari, dapat call daripada seseorang.. hadiah dari hati untuk hati.. 

“selamat hari lahir..
selamat hari lahir.
Selamat hari lahir sayang,
selamat hari lahir..”



Friday 4 January 2013

JemputanNYA


Saat dipelawa menjadi tetamu Allah sudah pasti merupakan saat yang paling bahagia buat kita. Ya, dan aku melihat kebahagiaan itu jelas terpancar di wajah ibu. Pagi itu, abang posmen hantar 2 surat daripada Tabung Haji. Alhamdulillah, rezeki mereka nampaknya. 

Namun di sebalik kegembiraan itu, hati ibu sedikit rawan. Kebiasaannya, jemaah yang terpilih dari kalangan mereka yang telah pun cukup jumlah tabungannya. Namun tabungan ibu & ayah hanya suku sahaja. Ayah & ibu merupakan sebahagian daripada mereka yang mendapat bantuan daripada Tabung Haji untuk pergi ke sana. Setelah dicongak dan ditambah, ibu dan ayah memerlukan lebih kurang sebelas ribu lagi untuk mencukupi jumlah yang ditetapkan oleh Tabung Haji. Aku menjadi tukang kira tak bertauliah membantu ibu mencongak jumlah yang perlu dimasukkan ke dalam akaun sebelum mereka berangkat. Ibu kembali tersenyum kerana niat untuk ke sana dipermudahkan.

Keesokan hari, ibu pergi ke Tabung Haji untuk mendapatkan maklumat penting mengenai surat tawaran tersebut. Menurut encik yang bertugas di Tabung Haji, “rugi kalau tolak, bukan senang nak tunggu giliran” sambungnya lagi, “kalau tolak entah bila lagi akan dipanggil, yang menunggu dekat luar tu pun dah ramai”. Perancangan awal ibu dan aku sebagai tukang kira tak bertauliah tidak boleh dilaksanakan ekoran jumlah dalam akaun perlu cukup pada bulan Januari 2013. L Sebagai anak yang ada di depan ibu, aku cuba memulihkan perasaan ibu. Kira itu yang ku mampu saat ini. “Allah dah panggil jadi tetamu. Maksudnya memang dah sampai masa untuk ibu dengan ayah. Pergi je, nanti lain tahun kita kumpul duit sama-sama dan bila memang kita ada rezeki lebih, kita pergi sama-sama”. Dan segaris senyuman itu kembali terukir.

Alhamdulillah, dalam tempoh surat tawaran sampai ke rumah juga, adik baru sahaja terima tawaran sebagai penolong pengurus di sebuah cawangan. Dalam tempoh itu juga, akak yang masih lagi belum tamat belajar di USM mendapat tawaran sebagai research officer terus daripada pensyarahnya. Alhamdulillah, kami sekeluarga dapat duduk berbincang pada hujung minggu itu. InsyaaAllah, ibu dan ayah akan pergi menunaikan haji hasil daripada duit gaji ayah dan pengusahaan tadika ibu dan ditambah dengan gaji akak dan adik. Semoga keberkatan itu akan dipermudahkan untuk mereka  ke sana Amin Ya Rabb… Ku mohon Ya Allah, permudahkan kami untuk membantu mereka menjadi tetamuMu..

Friday 14 September 2012

ASAM MASIN KEHIDUPAN


Alhamdulillah, masuk bulan ni dah hampir dua bulan berkhidmat kat sekolah. Kenangan pertama bergelar guru sekolah menengah. Walaupun ada orangII luar yang ada persepsi negatif pasal cikgu, cakap kerja cikgu senang, goyang kaki, cuti freeII je, keje bape jam la sangat.. tapi hakikatnya, bukan tu yang kami semua pandang. Susah atau tak sesuatu kerja tu atau pun berfungsi atau tak seseorang tu semuanya bergantung kepada nawaitu dia sendiri. “kalau cikgu pandai mengajar, anak saya mesti boleh skor, tak payah la saya hantar tuisyen”. Pendapat saya dengan segelintir penjaga yang beranggapan sebegini, saya sendiri pernah tuisyen luar, bukan sebab cikgu sekolah tak pandai mengajar, tapi ada dua sebab yang saya nampak. First, kat kelas bukan ada 2,3 orang pelajar tapi hampir puluh. Mana mungkin cikgu nak tumpu 40 orang pelajar dalam 1 period time. Jadual untuk satuII waktu mybe 2 waktu, dalam sejam. Dalam sejam tu la nak kira student, nak check kebersihan, nak kawal pelajarII. Tu belum campur yang jenis merayauII x nak belajar. Kalau cikgu biarkan je student tu merayauII, bila jadi apaII kemalangan pandai orang luar nak tunding jari. Second, pada pandangan saya, lepas sekolah tanggungjawab penjaga utk guide anakII dia belajar, wt homework sume.. Ibu ayah saya bukan belajar sampai ke U, kesedaran limitasi membuatkan mereka sedar mereka perlukan orang lain utk ganti tugas mereka.

Semua orang ada sebab atas pandangan sendiri. Kita samaII bertanggungjawab atas anak bangsa, walau apa pun kerja kita. Percayalah…


counselor to be, insyaAllah