Followers

Pages

Thursday 31 January 2013

Doktor


  
Assalammualaikum..

Alhamdulillah, hari ni rasa lebih sihat berbanding semalam. Itu pun lepas jumpa doktor handsome. Memang prefer untuk pergi klinik swasta berbanding kerajaan sebab kata orang kalau doktor swasta ni kerjanya teliti lebih. Tapi lain pula jadinya hari ni. Semangat nak jumpa doktor punya hal, jadi patient pertama gitu.

Doktor: Ye shafiqah, kenapa ye?

Syika: (terpegun jap) handsomenye doktor.!! Em saya nak check kesihatan je. Macam ni, dah sebulan saya rasa pening kepala, kerap rasa loya & nak muntah setiap kali bangun pagi. Umm lepas tu..

Doktor: Jap, awak cik ke Puan?

Syika: (Ee doktor ni, kalau aku dah kahwin ye aku pergi beli sendiri pregnancy test. Tu la, lain kali bina la rapo dengan aku dulu tanya background ke apa ke). Eh tak, saya belum kahwin, bujang lagi.

Doktor: oke, selain tu apa lgi yang awak rasa?

Syika: bila pening kepala tu, nampak macam berpusing-pusing bukan sakit kepala pening ke apa. Macam kalau saya terbangun tengah malam tu, terus rasa berpusing-pusing laju. Bila tengah duduk nak bangun pun sama macam tu. berat saya pun turun mendadak, dalam tempoh 6 bulan berat saya tinggal 42 dengan 43. Selera makan pun kurang. Tu yang nak check tengok apa masalahnya.

Doktor: Telinga awak ada masalah? Macam tak dengar ke  apa ke.

Syika: Um berdengung tu kerap la juga.

Doktor: Ada tak awak nampak satu objek jadi dua.

Syika: tak ada selain berpusing je.

Doktor: ada dengar apa-apa suara tak bisik dekat telinga awak?

Syika: (Gaya aku ada macam penghidap mental disorder ke? Nak cakap aku halusinasi gaknye). Tak..tak.. Tak ada la sampai tahap macam tu.


So doktor pun check la tekakan darah, denyutan nadi, gerakan anak mata macam tu la lebih kurang.

Doktor: oke, dah.

Syika? Emm? Itu je? Eh, jap. Apa masalah saya sebenarnye ek?
Doktor: Tekanan darah awak rendah. Um tak apa, nanti saya bagi awak ubat untuk tahan rasa loya dengan ubat untuk kawal tekakan pada otak. Tekanan pada otak tu yang buat awak rasa telinga berdengung.

###########################################################
Pernah je pergi klinik swasta, siap ambil darah, timbang berat bagai. Hum.! 

ubat G O Y A N G .. ??? 

Tahan muntah





[","]" said: "Awak jaga lah diri. Saya ni jauh nak tolong jaga awak. Takpe, setiap kali awak makan saya teman dalam mesej, pastikan awak makan ubat on time oke. cepat sembuh.!!"


Saturday 26 January 2013

Januari


Assalammualaikum

Alhamdulillah, 24 Januari 2013 genaplah umur 23 tahun. Dah besar memanjang dah anak Pak Cik Rahim ni. Teringat masa zaman kecik-kecik dulu…
“waktu itu, aku berumur 12 tahun. Ibu sarat mengandung anak yang keempat. Dalam tempoh nak sampai hari lahir aku tu, aku selalu doa “Ya allah, bagi la aku hadiah besar yang aku boleh ingat sampai bila-bila”. Setiap kali lepas solat, aku mesti doa macam tu sampai la 24 Januari tu, ibu selamat melahirkan adik lelaki aku, Zahin Azri. Rupa-rupanya tu hadiah besar yang aku dapat.”

Alhamdulillah, di usia 23 ni juga aku masih diberi kesempatan untuk dipeluk dan dicium oleh ibu dan ayah. Sama seperti ketika aku menyambut ulang tahun kelahiran ku sewaktu aku kecil. Terima kasih ibu, terima kasih ayah.
Sebelum tamatnya 24 Januari, dapat call daripada seseorang.. hadiah dari hati untuk hati.. 

“selamat hari lahir..
selamat hari lahir.
Selamat hari lahir sayang,
selamat hari lahir..”



Friday 4 January 2013

JemputanNYA


Saat dipelawa menjadi tetamu Allah sudah pasti merupakan saat yang paling bahagia buat kita. Ya, dan aku melihat kebahagiaan itu jelas terpancar di wajah ibu. Pagi itu, abang posmen hantar 2 surat daripada Tabung Haji. Alhamdulillah, rezeki mereka nampaknya. 

Namun di sebalik kegembiraan itu, hati ibu sedikit rawan. Kebiasaannya, jemaah yang terpilih dari kalangan mereka yang telah pun cukup jumlah tabungannya. Namun tabungan ibu & ayah hanya suku sahaja. Ayah & ibu merupakan sebahagian daripada mereka yang mendapat bantuan daripada Tabung Haji untuk pergi ke sana. Setelah dicongak dan ditambah, ibu dan ayah memerlukan lebih kurang sebelas ribu lagi untuk mencukupi jumlah yang ditetapkan oleh Tabung Haji. Aku menjadi tukang kira tak bertauliah membantu ibu mencongak jumlah yang perlu dimasukkan ke dalam akaun sebelum mereka berangkat. Ibu kembali tersenyum kerana niat untuk ke sana dipermudahkan.

Keesokan hari, ibu pergi ke Tabung Haji untuk mendapatkan maklumat penting mengenai surat tawaran tersebut. Menurut encik yang bertugas di Tabung Haji, “rugi kalau tolak, bukan senang nak tunggu giliran” sambungnya lagi, “kalau tolak entah bila lagi akan dipanggil, yang menunggu dekat luar tu pun dah ramai”. Perancangan awal ibu dan aku sebagai tukang kira tak bertauliah tidak boleh dilaksanakan ekoran jumlah dalam akaun perlu cukup pada bulan Januari 2013. L Sebagai anak yang ada di depan ibu, aku cuba memulihkan perasaan ibu. Kira itu yang ku mampu saat ini. “Allah dah panggil jadi tetamu. Maksudnya memang dah sampai masa untuk ibu dengan ayah. Pergi je, nanti lain tahun kita kumpul duit sama-sama dan bila memang kita ada rezeki lebih, kita pergi sama-sama”. Dan segaris senyuman itu kembali terukir.

Alhamdulillah, dalam tempoh surat tawaran sampai ke rumah juga, adik baru sahaja terima tawaran sebagai penolong pengurus di sebuah cawangan. Dalam tempoh itu juga, akak yang masih lagi belum tamat belajar di USM mendapat tawaran sebagai research officer terus daripada pensyarahnya. Alhamdulillah, kami sekeluarga dapat duduk berbincang pada hujung minggu itu. InsyaaAllah, ibu dan ayah akan pergi menunaikan haji hasil daripada duit gaji ayah dan pengusahaan tadika ibu dan ditambah dengan gaji akak dan adik. Semoga keberkatan itu akan dipermudahkan untuk mereka  ke sana Amin Ya Rabb… Ku mohon Ya Allah, permudahkan kami untuk membantu mereka menjadi tetamuMu..