Alhamdulillah, masuk bulan ni dah hampir dua bulan berkhidmat kat
sekolah. Kenangan pertama bergelar guru sekolah menengah. Walaupun ada orangII
luar yang ada persepsi negatif pasal cikgu, cakap kerja cikgu senang, goyang
kaki, cuti freeII je, keje bape jam la sangat.. tapi hakikatnya, bukan tu yang
kami semua pandang. Susah atau tak sesuatu kerja tu atau pun berfungsi atau tak
seseorang tu semuanya bergantung kepada nawaitu dia sendiri. “kalau cikgu
pandai mengajar, anak saya mesti boleh skor, tak payah la saya hantar tuisyen”.
Pendapat saya dengan segelintir penjaga yang beranggapan sebegini, saya sendiri
pernah tuisyen luar, bukan sebab cikgu sekolah tak pandai mengajar, tapi ada
dua sebab yang saya nampak. First, kat kelas bukan ada 2,3 orang pelajar tapi
hampir puluh. Mana mungkin cikgu nak tumpu 40 orang pelajar dalam 1 period
time. Jadual untuk satuII waktu mybe 2 waktu, dalam sejam. Dalam sejam tu la
nak kira student, nak check kebersihan, nak kawal pelajarII. Tu belum campur
yang jenis merayauII x nak belajar. Kalau cikgu biarkan je student tu
merayauII, bila jadi apaII kemalangan pandai orang luar nak tunding jari.
Second, pada pandangan saya, lepas sekolah tanggungjawab penjaga utk guide
anakII dia belajar, wt homework sume.. Ibu ayah saya bukan belajar sampai ke U,
kesedaran limitasi membuatkan mereka sedar mereka perlukan orang lain utk ganti
tugas mereka.
Semua orang ada sebab atas pandangan sendiri. Kita samaII
bertanggungjawab atas anak bangsa, walau apa pun kerja kita. Percayalah…
counselor to be, insyaAllah |
No comments:
Post a Comment