Followers

Pages

Monday 14 November 2011

kura-kura??


Kadang-kadang kita perlukan orang lain untuk membantu kita dalam melaksanakan sesuatu tugas/kerja. Selalu kita dengar rungutan bila ada partner kita tak mahu bagi kerjasama. Kadang-kadang bila dah bagi tugasan, dia tak buat pun part dia. Apa yang kita rasa? Marah, geram, sakit hati kan? Ok, kenapa perasaan macam ni timbul?


"Don’t blame people for dissapointing you, but blame yourself for expecting too much from them"


ok, key point adalah kita terlalu meletakkan jangkaan yang tinggi pada mereka. Pelik tak bila saya letakkan tajuk kura-kura? sebab, saya tak mahu anda jadi seperti "kura-kura yang ada dalam perahu, yang berpura-pura tidak tahu".


kita dah tahu yang sifat si dia ni, buat kerja suka last minit. Tapi kita letak nama dia untuk jadi leader bagi sesuatu tugas. hah, tengok! siapa yang sakit lepas tu? kita juga sebab terpaksa cover kerja dia.


Jangan salah tafsir apa yang saya nak sampaikan. Saya tidak bermaksud, jika dah tahu dia tidak boleh buat kerja dengan baik jadi senanglah dia. Tak payah buat kerja. Sudah jauh terpesong tu. berbalik semula dengan ayat di atas tadi, bila kita meletakkan harapan yang tinggi yang mana kita nak dia buat kerja tu seperti mana kita buat, kita nak dia buat sesuatu tugasan dengan segera, dengan rujukan yang betul itu dan ini. Kita tidak boleh ubah dia melainkan kehendak diri dia sendiri.


Untunglah kalau berkaitan tugasan. tapi macam mana pula dengan sebilangan manusia yang merungut mengenai pasangan hidup dia? ye, sama sahaja konteksnya. Pernah tak kita merungut "apalah dia tu, bukan reti nak call ke mesej ke tanya khabar. ingat dia seorang je yang sibuk?" "sepatutnya kalau dah tahu hari ni ulang tahun perkahwinan, tak payah la pergi out station, ajak la dinner ke apa ke"


kalau kita dah memang sedia maklum yang parnt kita ni bukan jenis kaki mengayat, bukan jenis romantik, bukan jenis ingat tarikh-tarikh yang penting pada kita, jadi mengapa kita mengharapkan dia menjadi seperti kita. Apa yang anda pelu faham adalah anda adalah anda dan dia adalah dia. biar pun mungkin ada persamaan anda perlu hormati perbezaannya :D




tips untuk anda:

1. letakkan harapan yang sederhana sahaja setimpal dengan diri dia.

1 comment:

  1. suke tips tu..mmg kita d tuntut untk bersederhana dlm idup ni :)

    ReplyDelete