Followers

Pages

Monday 7 November 2011

OUR MISSION



Salah satu tugasan yang diberikan pleh pensyarah kami adalah membuat satu program di sekolah. Alhamdulillah kami diberi kebebasan untuk memilih ahli kumpulan masing-masing. Lepas divide by group, maka gerak kerja pun bermula. Baiklah, ni la muka-muka ahli kumpulan saya. Selingan beberapa aktiviti sepajang gerak kerja :)



terima duit dpd pihak sekolah




meeting entah ke berapa..


pengarah follow up gerak kerja




kaunselor kedua yang handle program ni afta knslr pertama g haji


banner program


kaunselor pertama yang kami jumpa dan bincang




TOT pertama sebelum program


mesyuarat bersama pengetua dan guru


pelajar melihat poster yang ditampal di depan bilik kaunseling sekolah


recount..




cop tangan


TOT terakhir



Mesyuarat kali pertama diadakan untuk bincang nak pergi sekolah mana dengan mengambil kira faktor tarikh dan jarak supaya tak lari bajet. Sekolah yang dipilih terletak di Bukit Beruntung. So kami pun contact terus dengan kaunselor sekolah untuk berbincang terus. Oleh kerana sekolah ini bukan sekolah asrama, maka menimbulkan sedikit masalah kepada pihak sekolah dan kami. Bincang punya bincang, kami pun mengutarakan pendapat sama ada menggunakan penempatan kolej kami di UPSI atau pun mengadakan aktiviti di sebuah kem. Lepas tolak tambah darab dan bahagi kewangan, maka sekolah bersetuju untuk memilih kem yang dicadangkan kami iaitu di Kem Desa Selesa Tg Malim (klik).

Program kami berlangsung selama 3 hari 2 malam. Kerjasama daripada pelajar dan pihak sekolah membantu melancarkan perjalanan program tersebut. Kumpulan kami mendapat sokongan daripada 2 orang ahli kumpulan lain yang offer diri untuk jadi imam dan ajk khas pada program kami. Malah, kami sangat bertuah apabila 2 orang palajar semester 1 mahu join program kami. Jom lihat antara aktiviti yang dijalankan sepanjang program berlangsung.

jungle walking.. fasi dgn pelajar jalan masuk ke tempat kem




tunggu turn nak lalu jambatan
pelajar yang sering kami perhatikan untuk memahami diri dia..huhu
pelajar buat sola jawab persepsi awal mereka terhadap program
pen ajaib
berkumpul di dewan sebelum check-in


















Kadang-kadang terasa mahu mengalah bila ada sebilangan yang buat spoil mood. Bila kita minta tolong, dia melawan. Bila kita bagi arahan, mereka mempertikaikan. Sampai satu tahap, perkara yang mereka pertikankan tu bukan salah di pihak kami. Tapi apa yang saya dan rakan-rakan cuba buat adalah, seperi mengiyakan itu khilaf kami. Cuba memberikan respon yang sebernas mungkin supaya mereka boleh faham kenapa itu tidak boleh, kenapa perlu begini dan macam-macam lagi. Bila ada yang menyalitkan mata, buat muka seposen depan kami, kami pejm mata saja. Bila ada yang merungut-tak tentu pasal, kami pekakkan telinga. Namun dalam hati hanya berdoa supaya Allah lembutkan hati-hati mereka untuk terima apa yang kami cuba sampaikan kerana kami yakin hati mereka milik Allah.

Alhamdulillah, setiap kali kami berdiri di hadapan cuba menyampaikan sesuatu kepada mereka, pasti ada beberapa orang pelajar yang berjumpa dengan salah seorang daripada kami untuk berkongsi rasa hati. Malah ada respon daripada pelajar menyatakan bahawa layanan kami terhadap mereka membuatkan mereka rasa disayangi.  i'allah jika berkelapangan saya akan cuba upload video repon pelajar terhadap program kami. Namun bukan niat nak cakap program kami terbaik. sekadar perkongsian pengalaman terhadap yang lain.

Apa yang penting, terima diri mereka atas dasar siapa mereka. Kelebihannya disyukuir kekerangannya diredhai..



No comments:

Post a Comment