Followers

Pages

Monday 14 November 2011

BERFIKIR


Ceramah adalah salah satu tugasan yang perlu dilaksanakan untuk subjek ni, konsultasi.. entry kali ni, nak share mengenai ceramah salah seorang classmate, Saudara Saiful. Jangan lupa blogwalking blog Saiful (klik). Tajuk yang dia cuba ketengahkan adalah mengenai berfikir. Cara penyampaian yang santai tapi agak “WOW”.


Baiklah, dalam konteks yang luas. Sejauh manakah kita fikir untuk bantu orang? Masing-masing punya jawapan yang tersendiri bukan? Saudara penceramah ada cakap, kebanyakan daripada kita pada hari ini, suka berfikir ke arah kehancuran. Sebagai contoh, bila kita nampak ada budak-budak muda melepak tak tentu hala kat bandar, lagi menyakitkan mata bila buat benda tak senonoh depan kita. Ha biasanya apa yang kita cakap? “buatlah maksiat sekarang, esok lusa pandai la kau jawab dengan Tuhan”. Tak pun, “ni la budak zaman sekarang, buat malu mak ayah je. Baik jangan ada kat dunia”.

Ni Cuma contoh dialog yang biasanya kita terdetik atau pun tersebut. Sedangakn kita lupa yang setiap apa yang dilafazkan adalah doa. Dan mana tahu, di saat kita terdetik atau pun terluah, pada waktu-waktu yang Allah angkat doa tanpa dihijab? Lihat, kita mendoakan kecelakaan dan kerosakan pada mereka. Saya sendiri mengaku yang saya juga pernah begitu. Dan mungkin ni masanya untuk kita membuat satu perubahan. Kita cuba berfikir apa yang kita boleh lakukan untuk bantu mereka.

Saya tertarik dengan cerita yang disampaikan oleh lecturer saya. Sebelum itu saya mohon maaf andai ada yang tersinggung dan jujur saya katakan yang saya tidak ada niat untuk itu, sekadar perkongsian untuk difikirkan. Ada seorang remaja yang duduk melepak, dan waktu solat dah masuk time tu. Jadi kebetulan lalu seorang imam di tempat kejadian. Bila imam ni nampak anak muda ni duduk melepak, dia pun ajak solat. Tapi malangnya pemuda tadi tak berminat langsung dengan teguran imam tadi. Jadi imam tadi pun marah dan cakap mengenai hukuman-hukuman yang pemuda tu akan dapat sebab tak solat. Oleh kerana marah dengan teguran dan amaran tadi, pemuda tu pun melepak di tempat lain. Tiba-tiba pemuda tu didekati oleh seorang paderi. Paderi ni melihat pemuda tadi seperti tiada arah tujuan. Bila didekati, dan dikati, pemuda tersebut rasa bahawa dia didengari dan deberi perhatian dan dia pun ambil keputusan untuk tukar agama. Lihat.?! Inilah kesan paling besar dan jelas bila cara kita mendekati tu salah biar pun niat untuk membantu tu dah ada


"mahmum hadis: berfikir sesaat lebih baik daripada beribadat selama 70 tahun"

No comments:

Post a Comment