Assalammualaikum..
Alhamdulillah,
hari ni rasa lebih sihat berbanding semalam. Itu pun lepas jumpa doktor
handsome. Memang prefer untuk pergi
klinik swasta berbanding kerajaan sebab kata orang kalau doktor swasta ni
kerjanya teliti lebih. Tapi lain pula jadinya hari ni. Semangat nak jumpa
doktor punya hal, jadi patient pertama
gitu.
Doktor: Ye shafiqah, kenapa ye?
Syika: (terpegun jap) handsomenye doktor.!! Em saya nak check
kesihatan je. Macam ni, dah sebulan saya rasa pening kepala, kerap rasa loya
& nak muntah setiap kali bangun pagi. Umm lepas tu..
Doktor: Jap, awak cik ke Puan?
Syika: (Ee doktor ni, kalau aku dah kahwin ye aku pergi beli
sendiri pregnancy test. Tu la, lain
kali bina la rapo dengan aku dulu tanya background ke apa ke). Eh tak, saya
belum kahwin, bujang lagi.
Doktor: oke, selain tu apa lgi yang awak rasa?
Syika: bila pening kepala tu, nampak macam berpusing-pusing
bukan sakit kepala pening ke apa. Macam kalau saya terbangun tengah malam tu,
terus rasa berpusing-pusing laju. Bila tengah duduk nak bangun pun sama macam
tu. berat saya pun turun mendadak, dalam tempoh 6 bulan berat saya tinggal 42 dengan 43. Selera makan pun kurang. Tu yang nak check tengok apa masalahnya.
Doktor: Telinga awak ada masalah? Macam tak dengar ke apa ke.
Syika: Um berdengung tu kerap la juga.
Doktor: Ada tak awak nampak satu objek jadi dua.
Syika: tak ada selain berpusing je.
Doktor: ada dengar apa-apa suara tak bisik dekat telinga awak?
Syika: (Gaya aku ada macam penghidap
mental disorder ke? Nak cakap aku halusinasi gaknye). Tak..tak.. Tak ada la
sampai tahap macam tu.
So
doktor pun check la tekakan darah, denyutan nadi, gerakan anak mata macam tu
la lebih kurang.
Doktor: oke, dah.
Syika? Emm? Itu je? Eh, jap. Apa masalah saya sebenarnye ek?
Doktor: Tekanan darah awak rendah. Um tak apa, nanti saya bagi
awak ubat untuk tahan rasa loya dengan ubat untuk kawal tekakan pada otak. Tekanan
pada otak tu yang buat awak rasa telinga berdengung.
###########################################################
Pernah je pergi klinik swasta, siap ambil darah, timbang berat bagai. Hum.!
ubat G O Y A N G .. ??? |
Tahan muntah |
[","]" said: "Awak jaga lah diri. Saya ni jauh nak tolong jaga awak. Takpe, setiap kali awak makan saya teman dalam mesej, pastikan awak makan ubat on time oke. cepat sembuh.!!"